CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
"Bismillahirrahmanirrahim..Ya Allah..berikanlah aku kesempatan waktu untuk memohon kepadamu..
Anugerahkan aku kejayaan dalam hidupku..
Anugerahkan kejayaan kepada teman-temanku..
Jangan ada antara kami sedihnya sendirian dan juga kepadaku..andai telah tertulis di luhmahfuz akan kegagalanku maka ubahlah menjadi kejayaan..
Engkau yang Maha Agung..mudah-mudahan kejayaan di Dunia dan Akhirat jadi milik kami..AMIN.."
SELAMAT DATANG, WELCOME, AHLAN WASAHLAN ,ANNYEONG HASEYO ..
SMASH YOUR HEAD ON KEYBOARD TO CONTINUE....
adoi.

Wednesday 22 June 2011

AIR MATA PALESTIN

Pujuklah HATI untuk melihat video ini walau sekejap..kerana saban hari kita bergelak ketawa riang gembira..sedang mereka saban hari bergenang airmata.AIRMATA PALESTIN.Saksikanlah agar terbit rasa keinsafan..tq.

Thursday 16 June 2011

APAKAH BENAR KEJAYAAN ITU HANYA BAGI YANG BERADA DAN BERHARTA?

SEJENAK BERSAMA PUTERI 20A SPM

NIK NUR MADIHAH MEMBUKTIKAN SEBALIKNYA..DAN MENGGEGARKAN NEGARA SUATU KETIKA DAHULU...IKUTILAH SEDETIK PERJALANAN HIDUPNYA DALAM BUKU 'NIK NUR MADIHAH PERMATA GENERASI RABBANI'

PENGUMUMAN: SAYA TIDAK MENJUAL BUKU TERSEBUT ..TETAPI SAYA SUDAH MEMILIKINYA LAMA DAH!!'KAGUM TERAMAT SANGAT ' ITU SAHAJA KOMEN PENDEK SAYA..TELAH SAYA SEDIAKAN LINK YANG BERKENAAN JIKA TERBIT RASA NAK MEMILIKI SEBUAH NASHKAH!!!

http://www.ohbulan.com/gambar-nur-madihah-dapat-tajaan-rumah-biasiswa/

Nur Madihah, beliau sememangnya bukan artis terkenal tanah air, malah selama ini tiada siapa pun pernah mengenali dirinya. Namun, sejak keputusan SPM di’umumkan, beliau telah menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia yang ingin mengetahui mengenai dirinya dengan lebih lanjut. Anak nelayan ini berjaya mendapat 20A dalam peperiksaan SPM yang lepas telah pun di’tawarkan melanjutkan pelajaran ke luar negara, dan bukan itu sahaja, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah pun berjanji membina sebuah rumah bernilai RM130000 untuk keluarga Nur Madihah, kesemuanya di’taja oleh pihak berkenaan.

Walaupun OHBULAN! merupakan blog gosip, sekali sekala penulis berasa perlu perkara-perkara seperti ini di’ketengahkan agar kita semua tidak lalai & sentiasa mengambil berat mengenai pelajaran. Ya, penulis amat pentingkan pelajaran. OHBULAN! pernah terbaca bahawa Nur Madihah tidak menghadiri sebarang tuisyen sebagaimana trend pelajar masa kini, itu sudah cukup mengagumkan. Tuah ayam nampak di’kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Tuah OHBULAN? Anda’lah orangnya.

BUKU 7: Nik Nur Madihah, Permata Generasi Rabbani

http://yamani-angle.blogspot.com/2009/04/buku-8-nik-nur-madihah-permata-generasi.html
Sebuah buku yang membongkar rahsia seorang remaja yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2008 baru-baru ini. Apakah hanya ketekunan sahaja yang beliau andalkan demi mencapai sebuah kejayaan untuk membalas jasa kedua orang tuanya?
Jangan lepaskan peluang untuk berkongsi pengalaman bersama Nik Nur Madihah yang tidak hanya menjadikan ketekunan sebagai alat beliau memperolehi 20A tetapi juga menjadikan ibadah dan amalan-amalan sunat sebagai rutin yang menampung kekutan hati beliau dalam menhadapi kehidupan dan pelajaran.

Buku yang ditulis oleh penulis muda, Ummu Sakinah Muhammad, akan membuka mata para pembaca dan memberi inspirasi kepada para pelajar yang akan menempuhi ujian.

Turut menghadirkan kata sisipan dari perunding motivasi, Haji Muhammad Zakaria, yang sebelumnya telah menulis buku pelajar cemerlang Nur Amalina Che Bakri.
http://yamani-angle.blogspot.com/2009/04/buku-8-nik-nur-madihah-permata-generasi.html



Share

Saturday 11 June 2011

SUSAH KE MEMBINA BLOG??

As salam..

Selamat datang ke blog saya.Blog yang tak seberapa molek kan?huhu..
Jom saya jawab pertanyaan di atas bersama sama k?

Susah ke nak membina blog sendiri?

Eeemm...alkisahnya memang susah dan menyusahkan haha..khususnya bagi mereka2 yang tiada pendidikan formal dalam dunia 'bloggers' apalagi jika tiada pengetahuan IT sedikit pun.Betul tak?(Kalo tak setuju beritahu ya?leave me a comment k..)

Begitulah saya di peringkat awal pembinaan sehingga ke akhirnya terkial kial mencari dan tercari cari tanpa mentor dan guru nak bantu pun..salah siapa?Salah diri sendiri juga sebab dari dulu tabiat saya selagi tak dapat buat sendiri ..'hati tak kan puas!!!

Nasihat saya bagi yang masih terkial kial dan tercari cari tu..satu sahaja..'BERSABARLAH' kerana dengan kesabaran sahaja kita akan jumpa apa yang 'MENYOROK' dari kita.Maksud yang menyorok tu adalah beberapa 'instructions'yang ada disitu tapi kita jer yang tak nampak!!!

HELP...!!!

Sebenarnya guru kita memang dah ada...tapi guru di alam maya lah.Bagi yang menggunakan Google mahupun didalam Blogspot terdapat 'tutorial' dan 'instructions' tertentu yang boleh di perolehi dalam ruangan HELP.Selalunya terdapat banyak persoalan kaedah 'setting,design,layout' dsbnya telah di rungkai (terjawab) di ruangan HELP atau jengok sahaja FAQ (Frequently Ask Question).Agak malang kerana segala bentuk soalan dan jawapan di situ berbahasa English.. al maklum Mat/Minah Saleh juga yang menciptanya kan?Apapun bahasa bukan alasan dan penghalang .Tidak rugi sambil2 mencari kita belajar berbahasa pula..(aktiviti ini bagus untuk anak2 kita yg masih di bangku persekolahan).

Hakikatnya..Cikgu 'HELP' adalah guru saya di peringkat awal belajar bertatih..mencari maklumat dsbnya.Tetapi lama kelamaan saya 'give up' sebab guru saya itu bersifat kaku dengan nota2 nya yang 'prototype'.Membaca arahan 'instructions' secara 'step by step' membuatkan saya hilang sabar juga!Apa tidak nya..mata kita pedih satu hal...nak memahamkan 'instructions' satu hal tambahan dan adakalanya sehingga berjam2 di depan PC/Laptop semata2 untuk buat blog.Anda bagaimana?Sanggup seperti saya?hehe cepu mas.

Maaf:Saya akan sambung celoteh ni ya....!!Excuse me....!
Kita minum dulu Nescafe favourite org Sabak Bernam..TQ.










BLOG BUKAN MATEMATIK

Masih ingat zaman persekolahan kita?Guru matematik selalu membebel..'Jangan baca Matematik..kalo baca jer tak kan faham..bila tak faham kamu tak kan dapatkan jawapan!!!Kena buat praktis berkali kali dan bersedia untuk menerima kesilapan bersiri (berulangkali)sehingga bertemu jawapan yang betul!!

Memang benar membina blog tiada unsur Matematik pun..tak perlu 'calculator',sempoa (betul ke ejaan ni?) ataupun membilang jari (melampau tu).Tiada formula perlu di hafal pun,Tiada 'cosine'..tiada 'tangent?' tah ape2 lagi yang menyempitkan akal (akal akulah..) Hakikat nya membina blog tidak perlu semua itu...TETAPI...Kaedah pencarian dan cara bekerja adalah sama seperti mencari penyelesaian Matematik iaitu PRAKTIS !!Buat jer.. cuba jer.. salah tak per...itukan blog kita??Kitalah yang menentukan nya.Jangan takut melakukan kesilapan sebab yang pasti kita tidak melaku kesalahan Jenayah pun yang boleh di dakwa. yekan? Kaedah 'trial and error' ("Learning doesn't happen from failure itself but rather from analyzing the failure, making a change, and then trying again."In the field of computer science, the method is called generate and test.) jika di praktiskan akan membuahkan hasil akhirnya.JAMIN BERHASIL!!!

So..tunggu apa lagi??Bila nak mulakan langkah pertama kita??Mulakan sekarang..mula mencuba!!Kalo tak cuba mana nak tau??

(Nota:Jika anda adalah seorang pakar dalam blogging..anda di sarankan membina blog tutorial 'CARA=CARA MEMBINA BLOG' berbahasa Melayu khususnya kerana blog blog Bahasa Inggeris sudah begitu banyak menerawang di ruang angkasa..Pesanan saya ialah 'Jangan Kedekut atau Terlalu Materialistik' dalam hal berkongsi ilmu sepertimana pakar2 tertentu yang selalunya 'TIDAK AKAN MEMBERIKAN SEBARANG ILMU SECARA PERCUMA'!!!Ada yang tak bersetuju?Kita sambung bincang di lain kali sahaja ya..!!

Sekian buat kali ini sehingga bertemu lagi..

Sekadar perkongsian ilmu 'seciput' dari Blogger semi AMATUR.





Share

Friday 3 June 2011

HATI KECILKU SINGGAH DI PONDOK KECILMU.

A House Called Home
Wajah Rumah Melayu Champa

Ini yang dipanggil rumah
untuk menahan hujan dari langit
untuk menghunjam embun pagi yang bertandang

Ini padang kehidupan manusia yang tidak kenal
persepi manusia yang terkurung di dalam hutan batu
cahaya kota

Hidup di sini masabodo dengan dunia asing
yang berperang dengan diplomasi
saham bursa
politik
perut
nafsi-nafsi

Mereka berperang sendiri
untuk mendapatkan sesuap nasi
di atas bumi Tuhan

semalam hari ini dan esok
berwajah sama
dan mereka tidak pernah kenal retorik
hipokrit
manusia
simpati itu untuk siapa

Ramli Abdul Rahim
Kg Krapram, Kompong Cham, Kemboja
23 Mac 2010
http://misikemboja.blogspot.com

Perjalanan Untuk Muhasabah Diri













Melihat anak-anak Muslim Melayu Champa di Kemboja ini dengan pakaian yang lusuh menggamit jutaan simpati. Ramai yang tidak berbaju kerana ibu bapa mereka tidak mampu untuk membelikan mereka pakaian.

Perjalanan ke Kemboja untuk mendekati masyarakat Muslim Kemboja yang daif adalah sebuah perjalanan untuk muhasabah diri. Di Malaysia kita duduk di rumah banglo, semi-D, rumah teres, di Kg Krapram mereka tinggal dalam rumah yang buruk.

Di Malaysia kita menaiki Pajero, BMW, Mertz, di Kemboja mereka berjalan kaki, menaiki basikal atau motorsikal.

Di Malaysia kita ada breakfast, 10 o'clock break, lunch, minum petang, makan malam dan supper, di Kemboja kalau mereka boleh makan tengah hari dan makan malam sudah cukup bagus.

Mereka mungkin miskin. Tetapi hati mereka mungkin lebih tenang daripada kita yang dikelilingi kemewahan.

Perjalanan ini adalah untuk muhasabah diri. Apakah kita cukup bersyukur. Taat melaksanakan solat. Berdoa kepada Allah. Mengharap kepada Allah. Tidak putus daripada rahmat Allah.

Kita mampu untuk ke sana ke mari. Kita mampu untuk ke Mekah ada yang berkali-kali. Tetapi cuba kita lihat saudara-saudara kita di Kemboja. Perjalanan ini benar-benar menginsafkan diri.
http://misikemboja.blogspot.com