CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
"Bismillahirrahmanirrahim..Ya Allah..berikanlah aku kesempatan waktu untuk memohon kepadamu..
Anugerahkan aku kejayaan dalam hidupku..
Anugerahkan kejayaan kepada teman-temanku..
Jangan ada antara kami sedihnya sendirian dan juga kepadaku..andai telah tertulis di luhmahfuz akan kegagalanku maka ubahlah menjadi kejayaan..
Engkau yang Maha Agung..mudah-mudahan kejayaan di Dunia dan Akhirat jadi milik kami..AMIN.."
SELAMAT DATANG, WELCOME, AHLAN WASAHLAN ,ANNYEONG HASEYO ..
SMASH YOUR HEAD ON KEYBOARD TO CONTINUE....
adoi.

Saturday 11 June 2011

SUSAH KE MEMBINA BLOG??

As salam..

Selamat datang ke blog saya.Blog yang tak seberapa molek kan?huhu..
Jom saya jawab pertanyaan di atas bersama sama k?

Susah ke nak membina blog sendiri?

Eeemm...alkisahnya memang susah dan menyusahkan haha..khususnya bagi mereka2 yang tiada pendidikan formal dalam dunia 'bloggers' apalagi jika tiada pengetahuan IT sedikit pun.Betul tak?(Kalo tak setuju beritahu ya?leave me a comment k..)

Begitulah saya di peringkat awal pembinaan sehingga ke akhirnya terkial kial mencari dan tercari cari tanpa mentor dan guru nak bantu pun..salah siapa?Salah diri sendiri juga sebab dari dulu tabiat saya selagi tak dapat buat sendiri ..'hati tak kan puas!!!

Nasihat saya bagi yang masih terkial kial dan tercari cari tu..satu sahaja..'BERSABARLAH' kerana dengan kesabaran sahaja kita akan jumpa apa yang 'MENYOROK' dari kita.Maksud yang menyorok tu adalah beberapa 'instructions'yang ada disitu tapi kita jer yang tak nampak!!!

HELP...!!!

Sebenarnya guru kita memang dah ada...tapi guru di alam maya lah.Bagi yang menggunakan Google mahupun didalam Blogspot terdapat 'tutorial' dan 'instructions' tertentu yang boleh di perolehi dalam ruangan HELP.Selalunya terdapat banyak persoalan kaedah 'setting,design,layout' dsbnya telah di rungkai (terjawab) di ruangan HELP atau jengok sahaja FAQ (Frequently Ask Question).Agak malang kerana segala bentuk soalan dan jawapan di situ berbahasa English.. al maklum Mat/Minah Saleh juga yang menciptanya kan?Apapun bahasa bukan alasan dan penghalang .Tidak rugi sambil2 mencari kita belajar berbahasa pula..(aktiviti ini bagus untuk anak2 kita yg masih di bangku persekolahan).

Hakikatnya..Cikgu 'HELP' adalah guru saya di peringkat awal belajar bertatih..mencari maklumat dsbnya.Tetapi lama kelamaan saya 'give up' sebab guru saya itu bersifat kaku dengan nota2 nya yang 'prototype'.Membaca arahan 'instructions' secara 'step by step' membuatkan saya hilang sabar juga!Apa tidak nya..mata kita pedih satu hal...nak memahamkan 'instructions' satu hal tambahan dan adakalanya sehingga berjam2 di depan PC/Laptop semata2 untuk buat blog.Anda bagaimana?Sanggup seperti saya?hehe cepu mas.

Maaf:Saya akan sambung celoteh ni ya....!!Excuse me....!
Kita minum dulu Nescafe favourite org Sabak Bernam..TQ.










BLOG BUKAN MATEMATIK

Masih ingat zaman persekolahan kita?Guru matematik selalu membebel..'Jangan baca Matematik..kalo baca jer tak kan faham..bila tak faham kamu tak kan dapatkan jawapan!!!Kena buat praktis berkali kali dan bersedia untuk menerima kesilapan bersiri (berulangkali)sehingga bertemu jawapan yang betul!!

Memang benar membina blog tiada unsur Matematik pun..tak perlu 'calculator',sempoa (betul ke ejaan ni?) ataupun membilang jari (melampau tu).Tiada formula perlu di hafal pun,Tiada 'cosine'..tiada 'tangent?' tah ape2 lagi yang menyempitkan akal (akal akulah..) Hakikat nya membina blog tidak perlu semua itu...TETAPI...Kaedah pencarian dan cara bekerja adalah sama seperti mencari penyelesaian Matematik iaitu PRAKTIS !!Buat jer.. cuba jer.. salah tak per...itukan blog kita??Kitalah yang menentukan nya.Jangan takut melakukan kesilapan sebab yang pasti kita tidak melaku kesalahan Jenayah pun yang boleh di dakwa. yekan? Kaedah 'trial and error' ("Learning doesn't happen from failure itself but rather from analyzing the failure, making a change, and then trying again."In the field of computer science, the method is called generate and test.) jika di praktiskan akan membuahkan hasil akhirnya.JAMIN BERHASIL!!!

So..tunggu apa lagi??Bila nak mulakan langkah pertama kita??Mulakan sekarang..mula mencuba!!Kalo tak cuba mana nak tau??

(Nota:Jika anda adalah seorang pakar dalam blogging..anda di sarankan membina blog tutorial 'CARA=CARA MEMBINA BLOG' berbahasa Melayu khususnya kerana blog blog Bahasa Inggeris sudah begitu banyak menerawang di ruang angkasa..Pesanan saya ialah 'Jangan Kedekut atau Terlalu Materialistik' dalam hal berkongsi ilmu sepertimana pakar2 tertentu yang selalunya 'TIDAK AKAN MEMBERIKAN SEBARANG ILMU SECARA PERCUMA'!!!Ada yang tak bersetuju?Kita sambung bincang di lain kali sahaja ya..!!

Sekian buat kali ini sehingga bertemu lagi..

Sekadar perkongsian ilmu 'seciput' dari Blogger semi AMATUR.





Share

0 comments:

Post a Comment